SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN : 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

Menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

  • Pengenalan asas komputer.
  • Asas internet.
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang).
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan).
  • Latihan keusahawanan.

JUMLAH KEAHLIAN :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada Disember 2021. Ramai telah mendaftar diri bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:-
 

  AHLI LAMA 2021-2023

333

  AHLI BARU 2024 (JANUARI - SEPTEMBER)

98
  KESELURUHAN  431

KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:-

PENGURUS

  aisyah

Nama: Nur Aisyah Binti Mustafa
Mula Berkhidmat: 15 November 2021


PENOLONG PENGURUS

  WhatsApp Image 2024-06-06 at 2.40.35 PM

Nama: Nur Hayuni Binti Muhammad
Mula Berkhidmat: 13 Januari 2022