Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan tempat bersejarah di sekitar Kuala Krai yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:


                                                                 MINI ZOO KUALA KRAI

                               mini-zoo-kuala-krai-6   WhatsApp Image 2023-02-04 at 11.12.09 AM

                               mini-zoo-kuala-krai-2   mini-zoo-kuala-krai-1  

 

Untuk pengetahuan anda, mini zoo Kuala Krai ini telah pun wujud sejak 24 Disember 1964 di atas tanah seluas 0.4 hektar dan kemudianya dipindahkan ke Bukit Banding, Jalan Kubang Lebur pada tahun 1989. Namun sekitar tahun 2005, Zoo Kuala Krai ini telah bertukar status kepada Taman Burung Kuala Krai sebelum ditamatkan operasinya pada tahun 2011 atas sebab-sebab tertentu.

Setelah sekian lama menyepi, kini mini zoo Kuala Krai kembali beroperasi dengan wajah baharu. Pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini tercetus apabila pihak kerajaan menyedari kurangnya tempat pelancong menarik yang boleh dikujungi terutamanya di daerah Kuala Krai. Lokasi yang berkonsepkan eko-pelancongan ini telah menelan belanja kira-kira RM2.5 juta dan secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain itu, mini zoo Kuala Krai ini juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi:

  • 9.30 am – 6 pm (Setiap Hari)
  • Jumaat Tutup Dari 12.30 pm – 2.30 pm

Harga Tiket Mini Zoo Kuala Krai
Apa yang paling menarik adalah harga tiket kemasukan sangat berpatutan untuk semua golongan. Pihak pengurusan ingin menjadikan mini zoo Kuala Krai ini sebagai sebuah taman rekreasi keluarga yang sangat menyeronokkan dengan bayaran tiket masuk yang rendah dan berpatutan.

Bayaran Tiket:

  • Dewasa (13 tahun keatas) – RM10
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) – RM5
  • Warga Emas – RM5
  • OKU – PERCUMA

Tarikan di Mini Zoo Kuala Krai
Antara haiwan yang terdapat di Mini Zoo Kuala Krai ini adalah seperti Kura-kura, Ular, Arnab, Kuda, Unta, Kerbau Albino, Landak dan banyak lagi. Selain dapat melihat haiwan-haiwan, anak anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan disini. 

Dianggarkan terdapat lebih 50 spesis haiwan di sini yang terdiri daripadan haiwan jinak, haiwan liar, dan hidupan air. Mini zoo ini juga berkonsepkan ‘symbiotic pith yang bermaksud ‘Manusia dan Alam’ yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam satu pusat tumpuan rekreasi. Walaupun mini zoo ini tidaklah semegah zoo-zoo lain, tetapi ia sudah cukup untuk memberikan keterujaan dan keseronokan terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan, pasti akan menggembirakan mana-mana pengunjung yang datang ke mini zoo Kuala Krai ini. Ia juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan lokasi percutian di hujung minggu.

Selain tarikan haiwan hidup, terdapat juga mini aquaria yang menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar. Terdapat juga sangkar burung yang besar berkonsepkan “free-flight” yang mana merupakan kaedah terbaik untuk memastikan kelangsungan hidup bagi spesies burung. Jadi, para pengunjung berpeluang menyaksikan burung-burung yang berwarna-warni bebas berterbangan di dalam suasana hutan tropika buatan ini.

Disini juga menyediakan kemudahan kedai cenderamata, tandas, kawasan parkir yang luas, cafe rimba, dan banyak lagi untuk keselesaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

                                          AIR TERJUN LATA BERANGIN                                                            

                                        WhatsApp Image 2023-02-04 at 11.28.03 AM    WhatsApp Image 2023-02-04 at 11.28.05 AM                          

Air Terjun Lata Berangin terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Kuala Krai dan sangat mudah utuk dikunjungi. Lata Berangin ini mempunyai air terjun setinggi 120 meter dan telah menjadi tempat menarik di Kuala Krai dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Kolam yang terdapat di kawasan tersebut juga selamat untuk aktiviti mandi-manda.

Air terjun ini dikatakan diberi nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut. Menurut pengunjung, udara di kawasan Lata Berangin ini sangat nyaman dan sesuaI untuk dijadikan sebagai destinasi riadah bersama keluarga.
Selain itu, kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan.

Seperti kebanyakan air terjun di kawasan yang lain, panorama yang terdapat di Lata Berangin ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang menghiasi alam sekeliling yang tidak jemu mata memandang. Suasana di Lata Berangin ini juga tenang dan jauh dari kesibukkan bandar.

Anda boleh merancang untuk datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini apabila sampai di daerah Kuala Krai. Di sini juga merupakan tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda khususnya bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada bebanan kerja dan tekanan hidup di bandar. 

Kemudahan

  • Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda
  • Tapak perkhemahan secara berkumpulan

Tarikan

  • Pelbagai spesis flora dan fauna
  • Suasana yang tenang
  • Jauh dari hiruk-pikuk kota udara yang nyaman
  • Keadaan kawasan semulajadi yang masih belum lagi tercemar

GALERI MUZIUM KUALA KRAI     

 galeri-muzium-kk

Asalnya dikenali sebagai Galeri Kuala Krai. Ia telah disempurnakan perasmiannya oleh YTM Dr.Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Mahkota Kelantan) pada 4 November 2014.

Bangunan muzium ini dahulunya adalah sebuah Mahkamah Majistret Kuala Krai. Kemudiannya, dipinjamkan kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan untuk dijadikan galeri, manakala pengurusannya pada waktu itu dibawah tanggungjawab Majlis Daerah Kuala Krai. Pada 30 Mac 2016 sehingga kini, ia diserahkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan kemudiannya dikenali sebagai Muzium Kuala Krai.

Lokasinya terletak dihadapan Majlis DAERAH Kuala Krai dan bersebelahan Perpustakkan Awam Kuala Krai. Ia menyimpan artifak mengenai Jajahan Kuala Krai seperti tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kuala Krai, sejarah penubuhan Jajahan Kuala Krai, jenis-jenis batu sempadan mukim, daerah, jajahan, negeri dan negara. Sejarah Cik Siti Wan Kembang juga ada dipamerkan di Muzium Kuala Krai.

Bayaran Masuk untuk warganegara Malaysia dewasa ialah RM2, manakala kanak-kanak RM1. Bagi pengunjung antarabangsa bayaran dikenakan sebanyak RM4 bagi dewasa, kanak-kanak pula RM2. 

Waktu Operasi dibuka pada hari Ahad sehingga Khamis bermula jam 8.30pagi sehingga 4.45petang dan tutup pada hari Jumaat dan Sabtu.

TAMAN TASIK KUALA KRAI

                            Taman-Tasik-KK-9    WhatsApp Image 2023-02-04 at 11.12.13 AM

Tasik Krai adalah merupakan lokasi yang amat sesuai untuk penempatan alat- alat permainan air seperti Duck Padle, perahu berkayuh dan kayak.Taman Rekreasi Tasik Krai dilancar dengan rasminya pada 15 Disember 1998. Semenjak pelancarannya, Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tumpuan kepada orang ramai terutama sekali warga Bandar untuk mengadakan aktiviti-aktiviti riadah.

Kemudahan-kemudahan rekreasi disamping persekitaran yang cantik sesuai menjadikan Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tarikan kepada semua peringkat umur. Antara aktiviti yang sering dilakukan di sini ialah berjoging, bersenam, bermain alat permainan kanak-kanak, bersiar-siar, berkelah dan sebagainya.

Dengan adanya alat-alat permainan air di Tasik Krai akan memberi kesan dan faedah yang baik seperti menghidupkan suasana Tasik Krai sebagai Taman Rekreasi yang unggul, memberi kesan ekonomi baik kepada Restoran Terapung Zoo dan Mini Muzium serta gerai sekitarnya. Malah, merupakan satu lagi sumber pendapatan MDKK.

 TANGGA KRAI (BRADLEY STAIRS)

tangga krai 0-480x333

Dibina sekitar tahun 1927 dan dikenali sebagai “Tangga Bradley” sempena nama ketua jajahan pada ketika itu dan berubah kepada “Tangga Krai” pada tahun 1994.

Berfungsi sebagai pengkalan pengangkutan air menghubungkan Kuala Krai dengan beberapa  perkampungan di hulu dan hilir bandar yang tidak boleh sampai melalui jalan darat. Ianya juga dijadikan tempat menyukat aras air pada musim tengkujuh. Tangga yang mempunyai 81 anak tangga amat berkepentingan  kepada sesetengah petempatan sebagai nadi perhubungan dengan Kuala Krai sehingga hari ini.
 

PASAR BESAR KUALA KRAI

 
Pasar
 
 

Satu-satunya pasar yang paling besar di Kuala Krai.Terdapat beberapa bahagian di dalam pasar ini iaitu bahagian yang menjual makanan basah, makanan kering, kuih muih dengan pelbagai pilihan dari penduduk setempat, pakaian dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan iaitu perhentian bas,tandas awam, kereta sewa(teksi) dan musalla. 

(Sumber : Majlis Daerah Kuala Krai, laman web Majlis Daerah Kuala Krai dan Penduduk Tempatan)