SAHAWAN - NUR NAJIHAH BINTI ABDUL KARIM

Cik Najihah merupakan anak kelahiran dari Bachok, Kelantan. Beliau merupakan pelajar lepasan STPM. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak berusia 15 tahun kerana minat dalam bidang perniagaan. Beliau mula berniaga dengan menjual tudung kepada rakan-rakan di sekolah. Beliau juga memulakan perniagaan dengan ilmu yang dipelajari daripada ibu saudaranya yang juga seorang usahawan kain di pasar. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Pelanggan beliau ketika itu hanyalah rakan-rakan sekolah sahaja. Berbekalkan dengan usaha, beliau mendaftar sebagai ahli NADI dan mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di NADI. Selepas itu, beliau mula membuka kedai di Shopee. Beliau menggunakan platform Shopee dan Facebook sebagai pusat jualan beliau. Beliau menjual produk coklat di Shopee dan Facebook. Dengan bantuan promosi daripada NADI, beliau dapat menambahkan lagi jualannya di Shopee dan Facebook. Hasil daripada jualan di platform Shopee dan Facebook beliau mendapat jualan sebanyak lebih RM300 setiap bulan.

 a311af6f-fc64-4cef-8b87-b4ae5f548e58   c9eb7b1b-2c4e-4980-98e8-aa8b4de4c243   9d368590-72a3-4153-8297-89d5c084e509

 fd09b441-bce4-4d7b-bd7c-36a748436714   44926f44-2171-4bf4-b7f4-40fc83038fb9   0e64c15a-5f47-4511-9c0f-b8c1409de639

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Chocodaps, boleh hubungi:

Nombor Tel: 014-4009542
Alamat e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.