USAHAWAN CELIK IT - BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : Wan Sabariah Binti Wan Abdullah
Umur : 41 tahun
Ahli : 23 Jun 2022

 

Latar belakang
Puan Sabariah merupakan anak kelahiran dari Kuala Krai Kelantan. Beliau merupakan seorang kerani. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak berusia 30 tahun. Walaupun beliau mempunyai kerja yang tetap, oleh kerana minat dalam bidang perniagaan, beliau menceburi bidang perniagaan dengan hanya menjual produk kecantikan secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan. Beliau mula berniaga dengan menjual produk kecantikan kepada rakan-rakan, jiran-jiran dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau lebih gemar menggunakan platform sosial media di Facebook. Beliau juga memulakan perniagaan berbekalkan ilmu yang dipelajarinya daripada youtube. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 150 sahaja sebulan. Dengan modal yang diperoleh, beliau membuat pusingan modal untuk mengembangkan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Bermula dengan menghantar anak mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau mula mendaftar sebagai ahli PEDi pada bulan 6 tahun 2022. Dengan itu, beliau giat mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Kelas pertama yang diikutinya adalah kelas Shopee. Kemudian, kelas kedua adalah kelas Tiktok. Dengan kelas yang diadakan, beliau belajar untuk membuka akaun, menambah produk, cara-cara mengisi maklumat produk yang menarik, mengambil pesanan dan menghantar barangan jualan, tips menghasilkan sales bulanan, sunting video, live dan lain-lain. Sekarang, beliau menggunakan platform Shopee dan TikTok sebagai pusat utama jualan beliau, diikuti Whatsapp Business & Instagram sebagai platform penambahan. Dengan bantuan dari PEDi dan Rakan Digital (RD) beliau dapat menambahkan dan mengembangkan lagi jualan di platform tersebut. Hasil daripada jualan itu, jualan diperolehi sebanyak lebih RM800 setiap bulan. Ramai yang telah menjadi pelanggan tetap produk kecantikan yang dijual beliau.

Gambar Disini