KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Nur Kaisah Awadah Binti Ahmad Nazree
Umur : 10 tahun
Ahli : 26 Februari 2023

 

Latar belakang
Nur Kaisah Awadah Binti Ahmad Nazree merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 10 tahun. Beliau menyatakan bahawa beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau sangat minat dalam menggunakan komputer dan bidang ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Nur Kaisah kurang mahir menggunakan komputer dan bidang ICT. Beliau ingin belajar dan menambahkan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan bidang ICT. Beliau telah mendaftar sebagai ahli NADI untuk mengikuti kelas ICT. Beliau telah mengikuti banyak kelas ICT yang telah dijalankan di NADI. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas NADI Guchil, beliau merasakan banyak pengetahuan dan manfaat yang diperoleh dari menghadiri kelas ICT di NADI. Banyak yang beliau semasa menghadiri kelas, antaranya Microsoft, CANVA, e-pembelajaran dan banyak lagi. Beliau berharap agar lebih mahir dalam penggunaan komputer setelah mengahadiri kelas dari NADI untuk digunakan dalam bidang ICT.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 3.55.30 PM 1    WhatsApp Image 2024-02-08 at 5.05.14 PM 1