KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly
Umur : 13 tahun
Ahli : 5 Ogos 2022

 

Latar belakang
Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly merupakan pelajar sekolah menengah yang berumur 13 tahun. Beliau akan mempelajari subjek ICT di sekolah menengah. Semenjak beliau berumur 12 tahun, beliau telah datang ke PEDi untuk belajar tentang ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Syifa ingin menambah pengetahuan tentang menggunakan komputer. Bagi beliau, zaman sekarang sangat penting teknologi komputer. Dengan bantuan ibubapanya, beliaumendaftar sebagai ahli PEDi Guchil untuk menghadiri kelas asas komputer di PEDi Guchil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau telah belajar banyak pengetahuan tentang ICT termasuk E-pembelajaran, Microsoft Office dan beberapa lagi. Beliau sangat gembira belajar ICT di PEDi kerana banyak input yang diperolehi. 

  WhatsApp Image 2022-12-30 at 3.08.33 PM    WhatsApp Image 2023-02-18 at 9.21.13 AM

REMAJA CELIK IT - USAHAWAN BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : ALYAA AFIZA BINTI HASHIM
Umur : 23 tahun
Ahli : 5 April 2022

 

Latar belakang
Cik Alyaa merupakan anak kelahiran dari Kuala Krai Kelantan. Beliau merupakan pelajar lepasan STAM. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak berusia 18 tahun kerana minat dalam bidang perniagaan yang bermula dengan menolong ibu meniaga di pasar. Beliau mula berniaga dengan menjual tudung kepada rakan-rakan, jiran-jiran dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau lebih gemar menggunakan platform sosial media. Beliau juga memulakan perniagaan berbekalkan ilmu daripada youtube. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 120 sahaja sebulan. Dengan modal yang diperoleh, beliau membuat pusingan modal untuk meneruskan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Bermula dengan ingin fotostat dokumen di PEDi, atas nasihat petugas PEDi beliau berdaftar sebagai ahli PEDi. Selepas itu, beliau sentiasa mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Kali pertama beliau mengikuti kelas di PEDi, beliau mula membuka kedai di Shopee. Beliau menggunakan platform Shopee dan Instagram sebagai pusat jualan beliau. Beliau menjual produk tudung di Shopee dan Instagram. Dengan bantuan promosi dari PEDi, beliau dapat menambahkan lagi jualannya di Shopee dan Instagram. Hasil daripada jualan di platform Shopee dan Instagram beliau mendapat jualan sebanyak lebih RM350 setiap bulan. Ramai yang telah menjadi pelanggan tudung beliau.

Gambar Disini

                                        

       

KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, INTERNET & MENAIP

Nama : Nursyasya Batrisya Binti Norul Bakisiswandi
Umur : 13 tahun
Ahli : 21 Januari 2022

 

Latar belakang
Nursyasya Batrisya Binti Norul Bakisiswandi merupakan pelajar sekolah menengah yang berumur 13 tahun. Beliau akan mempelajari subjek ICT di sekolah menengah. Sebelum ini, beliau mencari seorang guru yang dapat mengajar IT kepadanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Nursyasya kurang pengetahuan untuk menggunakan komputer. Beliau merasakan zaman sekarang sangat penting teknologi komputer. Dengan keberaniannya, beliau mendaftar sebagai ahli PEDi Guchil untuk menghadiri kelas asas komputer di PEDi Guchil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menyertai kelas ICT yang dibimbingi oleh petugas PEDi Guchil, beliau merasakan Microsoft Office sangat mudah untuk difahami dan digunakan. Beliau berharap agar dapat lebih mahir dalam penggunaan Microsoft Office setelah memasuki alam sekolah menengah.

24b60300-13ec-4c3f-97bc-c81a2bdd78de    e7e8d281-eec9-4561-97d6-dd2ebba1484a

 

REMAJA CELIK IT - USAHAWAN BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : Nur Najihah Binti Abdul Karim
Umur : 19 tahun
Ahli : 18 Januari 2022

 

Latar belakang
Cik Najihah merupakan anak kelahiran dari Bachok Kelantan. Beliau merupakan pelajar lepasan STPM. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak berusia 15 tahun kerana minat dalam bidang perniagaan. Beliau mula berniaga dengan menjual tudung kepada rakan-rakan di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau juga memulakan perniagaan dengan ilmu yang dipelajari daripada ibu saudaranya yang juga seorang ushawan kain di pasar. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 100 sahaja sebulan. Pelanggan beliau ketika itu hanyalah rakan-rakan sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Berbekalkan dengan usaha, beliau mendaftar sebagai ahli PEDi dan mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Selepas itu, beliau mula membuka kedai di Shopee. Beliau menggunakan platform Shopee dan Facebook sebagai pusat jualan beliau. Beliau menjual produk coklat di Shopee dan Facebook. Dengan bantuan promosi dari PEDi, beliau dapat menambahkan lagi jualannya di Shopee dan Facaebook. Hasil daripada jualan di platform Shopee dan Facebook beliau mendapat jualan sebanyak lebih RM300 setiap bulan.

Gambar Disini

       

       

 

 

KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, INTERNET & MENAIP

Nama : Anina Rybika Binti Mohd Sukri
Umur : 12 tahun
Ahli : 22 Januari 2022

 

Latar belakang
Anina Rybika Binti Mohd Sukri merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun yang akan masuk alam sekolah menengah pada tahun hadapan. Sebelum ini, beliau mencari sebuah pusat untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang asas komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Anina Rybika kurang ilmu untuk menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau merasakan aplikasi Microsoft Office agak sukar untuk difahami. Atas kesedaran diri sendiri beliau mendaftar sebagai ahli PEDi Guchil dan mendapatkan kelas asas komputer di PEDi Guchil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau merasakan aplikasi Microsot Office sangat mudah untuk difahami dan digunakan. Beliau berharap untuk memahirkan lagi diri, dalam penggunaan Microsoft Office setelah memasuki alam sekolah menengah.

48a1b7a2-948a-4a7e-ab8f-10de716060d3    a8b88aeb-fa81-4cc0-8c3b-90d73702c1ef